awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim bantu perjelas isu suntikan vaksin daripada sudut fatwa

Bernama
Bernama
02/03/2019
09:35 MYT
Jakim bantu perjelas isu suntikan vaksin daripada sudut fatwa
Jakim akan membantu KKM membuat dasar berkenaan suntikan vaksin imunisasi daripada sudut pandangan fatwa. -Foto AP
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin imunisasi daripada sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata dalam masa yang sama, Jakim akan turut membantu memperjelaskan kepada orang ramai mengenai suntikan vaksin itu memandangkan terdapat sesetengah ibu bapa berpandangan ia mempunyai elemen yang tidak halal.
"Kita akui hak mereka sebagai ibu bapa tetapi kalau kita lihat dari sudut lebih besar apabila anak itu (tidak mendapatkan suntikan vaksin) mungkin tidak terlindung daripada sesetengah penyakit dan kemudian dia boleh merebak membawa penyakit itu kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Moh Sambung Belajar 2019 Kolej Poly-Tech Mara Kuantan di sini, hari ini.
Menurutnya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kemaslahatan ummah perlu sentiasa difikirkan di samping menghormati pendirian golongan ibu bapa terhadap soal anak-anak mereka.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar kepada jemaah menteri supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Menurutnya kementerian mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan menyebabkan berlaku jangkitan penyakit yang membawa kematian.
Topic Berkaitan
#elemen yang tidak halal
#fatwa
#Fuziah Salleh
#Halal
#JAKIM
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#suntikan vaksin imunisasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan