awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun M dedah detik cemas sebelum dikejarkan ke IJN pada Januari
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM nafi keluar garis panduan sambutan Aidilfitri jika masih dalam tempoh PKP

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2020
06:02 MYT
JAKIM nafi keluar garis panduan sambutan Aidilfitri jika masih dalam tempoh PKP
Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluraga tanpa khutbah hari raya; dan takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam. - Gambar fail
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di laman sosial, sejak semalam.
JAKIM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi jabatan tersebut dianggap tidak sah.
"JAKIM menafikan bahawa ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP," demikian katanya.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung garis panduan untuk umat Islam meraikan Aidilfitri sekiranya PKP masih berkuat kuasa.
Sumber Facebook MyJAKIMmalaysia
Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya; dan takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam.
Selain itu, panduan tersebut melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#COVID-19
#Facebook
#garis panduan
#hari raya
#Islam
#JAKIM
#khutbah
#laman sosial
#media sosial
#nafi
#Panduan Sambutan Aidilfitri
#PKP
#rumah terbuka
#sambutan aidilfitri
#solat sunat
#takbir raya
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan