awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim, NGO jalin kerjasama inisiatif Tabung Musa'adah Palestin

Bernama
Bernama
28/05/2021
05:59 MYT
Jakim, NGO jalin kerjasama inisiatif Tabung Musa'adah Palestin
Sumbangan adalah untuk mereka yang berhak dalam kalangan penduduk Palestin sama ada di Gaza atau Tebing Barat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi inisiatif Tabung Musa'adah Palestin yang diwujudkan sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin yang dizalimi Israel, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata, satu mesyuarat secara maya akan diadakan pada petang ini bersama NGO terlibat mengenai kutipan Tabung Musa'adah itu dan menentukan jumlah sumbangan dana sebelum diserahkan kepada wakil Kedutaan Palestin.
"Sumbangan adalah untuk mereka yang berhak dalam kalangan penduduk Palestin sama ada di Gaza atau Tebing Barat," katanya pada sesi webinar Bersamamu Palestin (Bicara Konflik Israel-Palestin) bertajuk Palestin Bumi Diberkati menerusi Facebook Jakim hari ini.
Menyifatkan kezaliman Israel terhadap Palestin sebagai melibatkan isu kemanusiaan, Zulkifli menyeru rakyat di negara ini agar terus menyalurkan sumbangan sebagai usaha membantu rakyat yang tertindas di negara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#JAKIM
#Malaysia
#tabung musa'adah palestin
#kemanusiaan
#NGO
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan