awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

Bernama
Bernama
08/02/2018
20:40 MYT
Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018
Pensijilan halal bagi peranti perubatan itu yang dirangka bersama Jabatan Standard Malaysia kini di peringkat akhir.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka dapat memperkenalkan pensijilan halal untuk peranti perubatan pada suku ketiga tahun ini.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pensijilan halal bagi peranti perubatan itu yang dirangka bersama Jabatan Standard Malaysia kini di peringkat akhir iaitu mengumpulkan maklum balas awam.
"Apabila sijil halal peranti perubatan dilaksanakan nanti, antara yang akan menerima sijil halal itu ialah tulang sintetik yang dihasilkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Sirim," katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran Persidangan Halal Antarabangsa Malaysia 2018 di sini pada Khamis.
Katanya terdapat industri yang menunggu pensijilan halal peranti perubatan Jakim iaitu syarikat pengeluar bahan cecair yang digunakan dalam mesin dialisis.
Mengenai persidangan yang akan berlangsung dari 26 Mac hingga 3 April depan, Sirajuddin berkata lebih 900 peserta dari sekurang- kurangnya 42 negara dijangka menyertai persidangan itu.
Bertemakan 'Halal Connecting the World', persidangan itu melibatkan empat acara iaitu kursus 'Halal Professional Board', 'International Halal Capacity Development Programme', 'Halal Certification Bodies Convention' dan 'International Halal Authority Board General Assembly'.
Persidangan berkenaan merupakan platform yang paling sesuai untuk menjalinkan persefahaman antara badan-badan pensijilan halal seluruh dunia agar dapat mencapai kata sepakat dalam isu berkaitan perkhidmatan halal, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jakin
#pensijilan halal
#peranti perubatan
#Sains
#teknologi
#tulang sintetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan