awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Simpang Durian di Jelebu dinaiki air, tidak boleh dilalui kenderaan ringan

Bernama
Bernama
05/03/2022
14:40 MYT
Jalan Simpang Durian di Jelebu dinaiki air, tidak boleh dilalui kenderaan ringan
Jalan Simpang Durian-Simpang Pelangai, Bentong berhampiran Durian Tipus, Jelebu tidak dapat dilalui kenderaan ringan setakat ini kerana dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak petang tadi. - BERNAMA
SEREMBAN: Jalan Simpang Durian-Simpang Pelangai, Bentong berhampiran Durian Tipus, Jelebu dekat sini tidak dapat dilalui kenderaan ringan setakat ini kerana dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak petang tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafez Ibrahim berkata laluan berkenaan yang dinaiki air kira-kira pukul 6.30 petang dengan ketinggian sehingga satu meter itu mampu menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.
"Keadaan air ketika ini masih tinggi di laluan tersebut dan hanya kenderaan berat sahaja dibenarkan melalui jalan itu pada masa ini tetapi mereka perlu memandu secara berhati-hati," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Bagaimanapun beliau berkata tiada kejadian banjir berlaku di kawasan itu setakat ini namun bomba masih melakukan aktiviti pemantauan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang berada di lokasi sekitar agar terus berjaga-jaga sekiranya berlaku banjir di kawasan kediaman dan sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Simpang Durian
#Jelebu
#banjir
#hujan berterusan
#Durian Tipus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan