awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan biar Israel sabotaj gencatan senjata, rundingan damai AS–Iran perlu diteruskan - Erdogan

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
11:36 MYT
Jangan biar Israel sabotaj gencatan senjata, rundingan damai AS–Iran perlu diteruskan - Erdogan
Erdoğan (foto) memaklumkan bahawa Turkiye sedang mengambil inisiatif yang perlu bagi memastikan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran diteruskan di Pakistan, selain berharap peluang yang wujud melalui gencatan senjata itu dimanfaatkan sepenuhnya. -Ga
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan, menegaskan bahawa Israel tidak seharusnya dibenarkan mensabotaj gencatan senjata di antara Amerika Syarikat dan Iran yang sedang berkuat kuasa ketika ini.
Beliau berkata kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu diketahui berasa tidak senang dengan proses gencatan senjata tersebut, yang menurutnya bertujuan meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.
Erdoğan memaklumkan bahawa Turkiye sedang mengambil inisiatif yang perlu bagi memastikan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran diteruskan di Pakistan, selain berharap peluang yang wujud melalui gencatan senjata itu dimanfaatkan sepenuhnya.
“Jika keamanan dan kestabilan ingin dicapai di rantau kita, ia akan berlaku meskipun tanpa sokongan rejim Zionis (Israel).
"Segala usaha ke arah kestabilan ini akan diteruskan walaupun dihalang oleh kerajaan Israel,” katanya.
Dalam pada itu, Erdoğan turut mengkritik serangan Israel ke atas Lubnan yang menurutnya telah menjejaskan harapan untuk mencapai keamanan berkekalan.
Tegas beliau, Turkiye akan terus mempertahankan hak rakyat di Tebing Barat yang tanahnya diduduki, selain menuntut keadilan bagi kanak-kanak yang terkorban dalam serangan di Lubnan.
Turkiye sebelum ini aktif memainkan peranan sebagai orang tengah dalam konflik serantau, dengan matlamat memastikan saluran dialog antara Tehran dan Washington kekal terbuka bagi mengelakkan peningkatan konflik berskala lebih besar.
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#Turkiye Israel
#gencatan senjata Iran AS
#rundingan Pakistan
#konflik Asia Barat
#serangan Israel Lubnan
#Tebing Barat
#diplomasi serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan