awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janin ditemui tersangkut pada jeriji perangkap sampah

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2017
10:06 MYT
Janin ditemui tersangkut pada jeriji perangkap sampah
Janin lelaki berusia empat bulan ditemui tersangkut pada jeriji penahan sampah di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK), Bandar Perai Jaya, Perai.
Janin lelaki berusia empat bulan ditemui tersangkut pada jeriji penahan sampah di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK), Bandar Perai Jaya, Perai, Pulau Pinang, pada Rabu
Janin itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat tersebut kira-kira jam 11.45 pagi ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di loji berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan daripada pekerja loji yang memaklumkan mengenai penemuan janin tersebut.
Janin yang masih belum dikenal pasti identitinya itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Nik Ros Azhan berkata, tiada sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.
Sehubungan itu, usaha mengesan suspek yang bertanggungjawab membuang janin itu giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Pada masa yang sama, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Bandar Perai Jaya
#buang
#buang janin
#Hospital Seberang Jaya
#IWK
#janin
#loji kumbahan
#Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
#Perai
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan