awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS guna dron kesan punca pencemaran disyaki berlaku di Sungai Bekok

Bernama
Bernama
22/09/2025
14:45 MYT
JAS guna dron kesan punca pencemaran disyaki berlaku di Sungai Bekok
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Batu Pahat melakukan tinjauan udara menggunakan dron bagi mengenal pasti punca pencemaran yang disyaki berlaku di Sungai Bekok. - Foto Facebook Ling Tian Soon
BATU PAHAT: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Batu Pahat melakukan tinjauan udara menggunakan dron bagi mengenal pasti punca pencemaran yang disyaki berlaku di Sungai Bekok di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata tinjauan itu turut melibatkan pertemuan pegawai JAS dengan pengadu di lokasi berkenaan.
Beliau berkata sampel air juga diambil untuk dianalisis selain pemeriksaan di beberapa lokasi berhampiran yang berkemungkinan menjadi sumber pencemaran.
"JAS juga telah meminta Majlis Daerah Yong Peng serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjalankan siasatan bersama," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ling berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan insiden pencemaran alam sekitar dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAS Batu Pahat
#dron
#punca pencemaran
#Sungai Bekok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan