awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS Kedah siasat pembuangan sisa disyaki sarung tangan lateks di Kulim

Bernama
Bernama
18/08/2024
05:45 MYT
JAS Kedah siasat pembuangan sisa disyaki sarung tangan lateks di Kulim
JAS menerima aduan mengenai penemuan sisa disyaki buangan terjadual itu pada Jumaat lepas. - Gambar/ Sinar Harian
ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menyiasat kes pembuangan sisa dipercayai sarung tangan lateks di sebuah tapak pembinaan kilang di Kulim.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan mengenai penemuan sisa disyaki buangan terjadual itu melalui e-mel pada Jumaat lepas selepas ditemui perunding yang sedang menjalankan kajian teknikal di tapak pembinaan berkenaan.
"Bertindak atas aduan itu, JAS telah menjalankan siasatan semalam dan mendapati buangan yang ditinggalkan itu berkemungkinan adalah sarung tangan lateks bersama bahan-bahan lain dianggarkan berjumlah satu metrik tan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sampel berlainan komposisi diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang untuk dianalisa.
Sharifah Zakiah berkata sekiranya didapati buangan itu adalah sisa pepejal (bukan buangan terjadual), kes akan diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Kulim Hi-Tech Park untuk tindakan lanjut.
Namun, beliau berkata jika ia sisa buangan terjadual, tindakan akan diambil mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024).
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai pencemaran termasuk pelupusan haram boleh memberikan maklumat kepada JAS Kedah melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau e-mel ke [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAS
#Kedah
#pencemaran alam sekitar
#Sarung tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan