awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS serbu premis kitar semula plastik haram di Sungai Petani

Bernama
Bernama
31/03/2026
05:36 MYT
JAS serbu premis kitar semula plastik haram di Sungai Petani
Siasatan lanjut di premis itu turut menemukan sejumlah besar bahan mentah dan produk siap termasuk 700 jumbo bag atau kira-kira 350 tan metrik sisa plastik dipercayai digunakan sebagai bahan mentah dalam proses pembuatan. - Gambar JAS Kedah

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menyerbu sebuah premis menjalankan aktiviti pemprosesan sisa plastik secara haram di kawasan Perusahaan Taman Ria Jaya di sini, semalam.

Pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata operasi dari 8.30 pagi hingga 1 tengah hari itu hasil pemantauan berterusan pihak penguat kuasa terhadap aktiviti industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis yang menjalankan aktiviti pembersihan dan penyemperitan sisa plastik bagi menghasilkan pelet plastik itu beroperasi tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) seperti diperuntukkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Premis itu dipercayai beroperasi secara tertutup sepenuhnya bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sharifah Zakiah berkata JAS mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) akta berkenaan terhadap seunit mesin penyemperit plastik serta sistem kawalan pencemaran udara dan sistem pengolahan efluen industri digunakan di premis itu tanpa kebenaran JAS.

Siasatan lanjut di premis itu turut menemukan sejumlah besar bahan mentah dan produk siap termasuk 700 jumbo bag atau kira-kira 350 tan metrik sisa plastik dipercayai digunakan sebagai bahan mentah dalam proses pembuatan.

Selain itu, pegawai penguat kuasa turut menemukan kira-kira 258 tan metrik produk siap iaitu pelet plastik yang dibungkus dalam 10,320 guni dengan anggaran berat 25 kilogram setiap satu.

“JAS turut mengambil sampel sisa plastik serta pelet plastik dari premis itu untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis makmal,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana menjalankan aktiviti kitar semula sisa pepejal tanpa kelulusan EIA.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#JAS
#rampasan
#sisa pepejal
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan