awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad pelajar perempuan mangsa tikam dituntut keluarga pagi tadi

Bernama
Bernama
15/10/2025
02:25 MYT
Jasad pelajar perempuan mangsa tikam dituntut keluarga pagi tadi
ACP Shamsudin Mamat, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Jasad pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, semalam telah dituntut oleh keluarga mangsa pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata mayat pelajar berusia 16 tahun itu dituntut pada 7.30 pagi selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.
"Ya, jasad telah dituntut keluarga mangsa pada 7.30 pagi tadi. Perkembangan lanjut akan dikongsikan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Sazeli Kahar dalam sidang media pada 11.30 pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Mahkamah Petaling Jaya mendapati suspek, iaitu pelajar lelaki berusia 14 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada 8.40 pagi menaiki kereta peronda polis.
Difahamkan proses permohonan reman telah selesai dan maklumat lanjut akan diberikan semasa sidang media nanti.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.
Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah dan suspek merupakan pelajar sekolah yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tikam di sekolah
#pelajar maut ditikam
#bandar utama
#pelajar ditikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan