awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
Ops Bersepadu JPJ-JSPT di LTSIP kesan 132 kesalahan jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAWI, MAIWP kerjasama anjur Program Aidilfitri Malaysia Madani Sabtu ini

Bernama
Bernama
08/05/2023
21:00 MYT
JAWI, MAIWP kerjasama anjur Program Aidilfitri Malaysia Madani Sabtu ini
Program yang akan berlangsung di Dataran Merdeka bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Facebook/JAWI
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama gabungan masjid dan surau Jumaat serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Program Aidilfitri Malaysia MADANI@Dataran Merdeka, Sabtu ini.
JAWI dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan program yang akan berlangsung di Dataran Merdeka di sini, bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebanyak 120 masjid dan surau Jumaat akan mengambil bahagian termasuk dari Putrajaya dan Labuan serta beberapa rakan strategik yang lain dengan sasaran kehadiran 20,000 pengunjung.
"Melalui program ini, kami berhasrat menjalinkan silaturahim dalam kalangan masyarakat di Wilayah Persekutuan selain membentuk semangat kerjasama dan persaudaraan dalam kalangan Jawatankuasa Masjid di Wilayah Persekutuan," menurut kenyataan itu.
Menurut JAWI, program itu juga memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk merasai pelbagai juadah atas semangat muhibah dan perpaduan selain mempromosikan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan sebagai pusat penyatuan ummah dan memperkenalkan keunikan makanan Malaysia kepada pelancong.
Kenyataan itu menambah pelbagai menu dan juadah akan disediakan oleh 120 gerai untuk dinikmati oleh para pengunjung dengan konsep 'first come, first served'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAWI
#MAIWP
#Malaysia Madani
#Dataran Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan