awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan wanita hilang
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM, JKT diminta semak SOP gerai bunga api

Bernama
Bernama
23/03/2026
15:13 MYT
JBPM, JKT diminta semak SOP gerai bunga api
Kor Ming berkata langkah itu bertujuan memastikan setiap peniaga beroperasi dengan penuh tanggungjawab dan keselamatan komuniti setempat diutamakan. - Foto fail/BERNAMA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarah menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) gerai jualan bunga api sementara di seluruh negara bagi memastikan musim perayaan disambut dengan selamat tanpa insiden tidak diingini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata langkah itu bertujuan memastikan setiap peniaga beroperasi dengan penuh tanggungjawab dan keselamatan komuniti setempat diutamakan.

“Garis panduan ini menekankan jarak keselamatan yang sesuai antara gerai serta menilai semula lokasi supaya tidak terlalu hampir dengan struktur kekal atau kawasan kediaman,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi malam Isnin.

Beliau berkata setiap gerai berlesen perlu dilengkapi alat pemadam api yang berfungsi bagi membolehkan tindakan segera sekiranya berlaku kebakaran.

“Keselamatan dan kemeriahan harus seiring. Dengan memperhalusi garis panduan ini, kami komited memperkukuh keselamatan awam supaya rakyat Malaysia dapat menikmati suasana musim perayaan secara selamat,” katanya.

Insiden kebakaran gerai jualan bunga api dilaporkan berlaku di beberapa lokasi. Awal pagi Ahad, sebuah gerai pelbagai jenis mercun di Taman Pekaka, George Town, Pulau Pinang, musnah, mengakibatkan kerosakan sebuah motosikal dan tiga unit penyaman udara rumah berhampiran.

Malam ini, kebakaran serupa berlaku di Majidee Corner 1C, Jalan Bunga Ros, Johor Bahru, yang memusnahkan sebuah gerai mercun, sebuah kereta Proton Gen-2, dan sebuah trak makanan.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#bunga api
#mercun
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan