awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejaka berkulit putih, kacak dan kaya jerat wanita dalam sindiket 'Love Scam' - TPM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
18/05/2016
05:26 MYT
Jejaka berkulit putih, kacak dan kaya jerat wanita dalam sindiket 'Love Scam' - TPM
Modus operandi digunakan suspek ialah melalui umpan personaliti seorang lelaki kacak dan kaya untuk menarik perhatian mangsa kalangan wanita.
Sebanyak 4,673 kes penipuan 'Love Scam' melibatkan RM182.3 juta bagi tempoh 2013 hingga Mei tahun ini dikesan, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas beliau, 1,773 individu telah ditangkap dalam tempoh sama susulan kes berkenaan.
"PDRM telah mengambil beberapa langkah pro-aktif bagi mencegah aktiviti ini yang terlalu meluas sebarannya melalui media sosial. Ini berlaku di banyak negara termasuk negara kita," katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja 794 kes penipuan 'Love Scam' dilaporkan dikesan di negara ini.
"Penipuan melibatkan mangsa kerugian lebih RM30 juta akibat 'Love Scam'," tambahnya.
Ujarnya, modus operandi digunakan suspek ialah melalui umpan personaliti seorang lelaki kacak dan kaya untuk menarik perhatian mangsa kalangan wanita.
"Suspek menggunakan identiti seorang lelaki kulit putih yang kacak dan kaya untuk menipu wanita," katanya lagi.
Sehingga kini katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan melakukan penangkapan selepas siasatan dilakukan.
"Apa yang kita lakukan kita akan kesan dan tangkap suspek penipuan kes 'Love Scam'," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Ikmal Hashim Abdul Aziz
#love scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan