awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Pahamin Rajab selamat dikebumi di Chigwell, London

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2023
01:53 MYT
Jenazah Pahamin Rajab selamat dikebumi di Chigwell, London
Jenazah Allahyarham Datuk Pahamin Abdul Rajab selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gardens of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell, London, Britain pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Semalam (Rabu), jenazah bekas Pengerusi AirAsia, Datuk Pahamin Abdul Rajab selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gardens of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell, London, Britain.
Tanah Perkuburan Islam Gardens of Peace, Five Oaks Lane terletak sekitar 32 kilometer dari kota London.
Menurut anaknya, Armin Baniaz Pahamin, sebelum disemadikan, jenazah Allahyarham bapanya terlebih dahulu disolatkan di Masjid Ayesha, Clyde Road, London, selepas solat Zohor.
Solat jenazah kali kedua pula, jelas Armin Baniaz, diadakan di kawasan tanah perkuburan berkenaan sekitar pukul 2.30 petang.
Dalam hantaran di sosial medianya, beliau berkata, majlis tahlil juga akan diadakan hari ini (Khamis) pada pukul 8.30 malam di Malaysia Hall Bayswater.
“Mohon doa daripada semua semoga segala urusan dipermudahkan, dosa Allahyarham diampunkan dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” kata Armin Baniaz dalam hantaran itu.
Sementara itu, pelakon Azhar Sulaiman turut berkongsi perkembangan pengebumian jenazah Allahyarham Pahamin di akaun Instagramnya.
"Marilah kita doakan agar Allah cucuri rahmat kepada roh arwah bapa mertuaku dan akan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman," kata aktor itu yang turut berangkat ke kota London bagi menyaksikan perjalanan terakhir bapa mertuanya itu.
View this post on Instagram
A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)
Sabtu lalu, Allahyarham Pahamin, 77, yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London.
Kunjungan Allahyarham ke London ialah bagi menghadiri majlis konvokesyen anak lelaki Azhar yang juga cucunya, Andika Rees Pahamin, 21, yang melanjutkan pengajian di universiti, di sana.
Pahamin ketika hayatnya pernah memegang jawatan tertinggi dalam agensi kerajaan iaitu bekas Ketua Pengarah JPJ dari tahun 1974 hingga 1998.
Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula tahun 1998 hingga 2001 selain memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Pahamin Rajab meninggal dunia
#jenazah Pahamin dikebumi di London
#azhar sulaiman
#menantu Pahamin Rajab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan