awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah penumpang AirAsia X akan dihantar pulang ke Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2014
12:40 MYT
Jenazah penumpang AirAsia X akan dihantar pulang ke Indonesia
Penumpang pesawat AirAsia X yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Penumpang pesawat AirAsia X yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur malam tadi adalah seorang lelaki warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mohd Yusof Awang memaklumkan warga emas berusia 64 tahun itu dalam perjalanan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA2.
Kata Yusof, berdasarkan laporan bedah siasat, polis mendapati tiada unsur jenayah.
"Polis mengklasifasikan kes ini sebagai mati mengejut" katanya.
AirAsia X berhad dalam kenyataannya memaklumkan seorang penumpang meninggal dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada 8.30 pagi waktu tempatan dan mendarat di KLIA2 pada 10.30 malam tadi.
AirAsia X sedang membuat persediaan bersama ahli keluarga serta pihak berkuasa untuk menguruskan penghantaran jenazah pulang ke Surabaya di Indonesia.
Topic Berkaitan
#Airasia X
#D7171
#KLIA2
#meninggal dunia
#Mohd Yusof Awang
#warga emas Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan