awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah tentera terkorban diterbangkan pagi Rabu

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2013
14:32 MYT
Jenazah tentera terkorban diterbangkan pagi Rabu
Jenazah seorang anggota tentera yang maut dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dijangka diterbangkan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 4 pagi ini.
Jenazah Allahyarham Prebet Mohd Hurairah Ismail kemudian akan disembahyangkan dan dikebumikan di kampungnya di Pasir Mas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah dijangka tiba di lapangan terbang itu pada jam 8 pagi Rabu.
“Jenazah akan terbang dari Tawau terus ke Kota Bharu jam 4 pagi sampai 8 pagi di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan. Timbalan Menteri saya akan sambut ketibaan dan bawa jenazah ke rumah keluarganya di Pasir Mas untuk dikebumi,” kata beliau.
Allahyarham terbunuh semasa bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Kampung Tanjung Batu pada pukul 10.45 pagi Selasa.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan seorang lagi tentera terbunuh selepas trak yang dipandunya terlibat dengan kemalangan.
Anggota tentera berkenaan berusia 35 tahun.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
#jenazah
#Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan