awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: 14 kawasan catat IPU tidak sihat, Nilai paling terjejas

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2015
04:40 MYT
Jerebu: 14 kawasan catat IPU tidak sihat, Nilai paling terjejas
Bagi Wilayah Persekutuan, bacaan IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing adalah 112 dan 131, manakala Putrajaya mencatatkan bacaan 129. - Gambar fail
Sebanyak 14 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat dengan Nilai di Negeri Sembilan paling teruk terjejas iaitu di paras 152 pada jam 1 petang tadi.
Laman portal Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa Seremban dan Port Dickson masing-masing mencatatkan bacaan 150 dan 121, manakala di Melaka, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka mencatat bacaan masing-masing 134 dan 136.
Di Selangor, kawasan paling terjejas adalah Pelabuhan Kelang dengan IPU 141 manakala Banting, Petaling Jaya dan Shah Alam merekodkan bacaan IPU antara 124 hingga 140.
Di Johor, Larkin Lama mencatat 102 manakala Pasir Gudang merekod IPU 110.
Bagi Wilayah Persekutuan, bacaan IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing adalah 112 dan 131, manakala Putrajaya mencatatkan bacaan 129.
Sebanyak 27 lagi kawasan berada dalam paras sederhana manakala selebihnya dalam bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#bacaan ipu
#Indeks Pencemaran Udara
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan