awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Landasan KIA dibuka semula untuk operasi penerbangan Kuching

Bernama
Bernama
28/09/2015
04:03 MYT
Jerebu: Landasan KIA dibuka semula untuk operasi penerbangan Kuching
Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dibuka semula untuk operasi penerbangan pada 9.10 pagi ini.
Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dibuka semula untuk operasi penerbangan pada 9.10 pagi ini.
Pengurus Kanan KIA Mohd Nadzim Hashim berkata sebelum ini landasan itu diisytihar ditutup sejak 7 pagi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan pihak berkuasa lapangan terbang akibat jerebu tebal.
"Pada 9 pagi, terdapat 25 penerbangan yang dibatalkan, membabitkan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia (sembilan pelepasan dan 10 ketibaan) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) (tiga pelepasan dan tiga ketibaan)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Nadzim berkata pihak berkuasa KIA menjangka beberapa kelewatan dalam pergerakan penerbangan dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Awal hari ini, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam laman Facebook berkata sejak 7 pagi jarak ketampakan di KIA 350 meter dan landasannya diisytiharkan ditutup.
Topic Berkaitan
#KIA
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
#Mohd Nadzim Hashim
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan