awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Pulau Pinang cecah paras tidak sihat pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2019
04:30 MYT
Jerebu: Pulau Pinang cecah paras tidak sihat pagi ini
Kebanyakan penduduk akan mengambil inisiatif memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika berada di luar kawasan rumah ketika keadaan berjerebu. - Gambar fail.
Keadaan berjerebu di Pulau Pinang mencecah paras tidak sihat sejak pagi tadi.
Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Balik Pulau mencatat bacaan tidak sihat iaitu 110 sejak awal pagi hingga jam 11 pagi ini.
Bagaimanapun, IPU sederhana direkodkan di Minden USM, dengan bacaan 95 pada jam 11 pagi , manakala di Seberang Jaya dan Seberang Perai masing- masing mencatat bacaan 79.
Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Menakala Jabatan Meteorologi Malaysia pula mencatatkan bacaan jarak ketampakan pada jam 11 pagi di Butterworth dan Bayan Lepas adalah 5 kilometer.
Sementara itu tinjauan juga mendapati pemandangan Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Komtar kelihatan kabur berikutan keadaan jerebu yang melanda di Pulau Pinang sejak pagi.
Orang ramai boleh melayari http://apims. doe.gov.my untuk mengetahui maklumat IPU semasa yang dikemas kini setiap jam.
Maklumat cuaca terkini turut dipaparkan menerusi laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.
Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat keadaan berjerebu yang sedang melanda negeri itu kini.
Antara langkah pencegahan yang disyorkan adalah memastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih dengan menghindarkan pencemaran asap rokok; menutup tingkap bagi mengelakkan asap jerebu memasuki rumah atau bangunan, mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, serta minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Topic Berkaitan
#Bayan Lepas
#Butterworth
#IPU
#Jabatan Meteorologi
#jerebu
#ketampakan
#Minden USM
#pulau pinang
#Seberang Perai
#tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan