awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Kelantan catat kutipan cukai lebih RM65.1 juta di TBSB

Bernama
Bernama
28/12/2022
04:19 MYT
JKDM Kelantan catat kutipan cukai lebih RM65.1 juta di TBSB
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jumlah itu mewakili peningkatan selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2020 (RM30.9 juta) dan 2021 (RM34.3 juta). - Foto BERNAMA
PASIR PUTEH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mencatatkan kutipan cukai melebihi RM65.1 juta di Pangkalan Bekalan Tok Bali (TBSB) di sini, setakat 22 Dis lepas.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jumlah itu mewakili peningkatan selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2020 (RM30.9 juta) dan 2021 (RM34.3 juta).
"Antara kawasan yang terlibat ialah Kawasan Pembangunan Bersama, Kawasan Pengaturan Komersial dan Lembangan Melayu Utara," katanya kepada pemberita selepas melawat TBSB, di sini pada Rabu.
Hadir sama ialah Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long dan Pengurus Besar TBSB Nur Hasmin Kamarollzaman.
Ahmad berkata antara kawalan yang dilakukan oleh JKDM di TBSB adalah kemasukan barang-barang tempatan ke TBSB, pergerakan barang-barang dari luar pesisir ke TBSB dan kawalan keluar masuk kapal di TBSB.
"Selain itu, kawalan turut dilakukan ke atas sisa pepejal, cecair dan kimia daripada aktiviti petroleum huluan, kawalan ke atas penggudangan barang-barang petroleum huluan dan pematuhan syarat-syarat pelesen Pangkalan Bekalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#JKDM
#kutipan cukai
#TBSB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan