awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor akan perhalusi Enakmen Antilompat Parti

Bernama
Bernama
16/04/2022
10:54 MYT
Johor akan perhalusi Enakmen Antilompat Parti
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu akan diperhalusi bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). - Gambar fail/Facebook/OnnHafiz
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan memperhalusi dan melaksanakan Enakmen Antilompat Parti di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu akan diperhalusi bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"Demi memastikan tidak ada lagi ahli politik yang tidak berprinsip yang mengkhianati mandat rakyat...insya-Allah saya bersama ADUN Johor akan memperhalusi dan melaksanakan antilompat parti ini di Johor," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Menerusi hantaran itu, Onn Hafiz berkata beliau menerima kunjungan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan mendengar cadangan penggubalan rang undang-undang berkaitan antilompat parti di peringkat Persekutuan.
Usaha melaksanakan Enakmen Anti Lompat Parti merupakan antara inisiatif di bawah Ikhtiar Barisan Nasional Johor ketika Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Enakmen Antilompat Parti
#Johor
#Menteri Besar
#ADUN
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan