awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian alami gangguan bekalan air 23 jam minggu hadapan

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
03:42 MYT
Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian alami gangguan bekalan air 23 jam minggu hadapan
Tangki simpanan air di setiap premis mampu bertahan sehingga 24 jam pada penggunaan normal dan sekiranya tiada tangki simpanan, pengguna dinasihatkan sediakan bekas simpanan air yang mencukupi. - Gambar hiasan/BERNAMA
JOHOR BAHRU, 15 April (Bernama) -- Tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian dijadual mengalami gangguan bekalan air terancang selama 23 jam pada 21 dan 22 April.
Operator air Johor Ranhill SAJ Sdn Bhd memaklumkan gangguan yang dijadual bermula pada 9 pagi Selasa hingga 8 pagi pada Rabu itu, bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Johor.
“Tangki simpanan air di setiap premis mampu bertahan sehingga 24 jam pada penggunaan normal dan sekiranya tiada tangki simpanan, pengguna dinasihatkan sediakan bekas simpanan air yang mencukupi,” menurut hantaran di laman Facebook syarikat itu.
Senarai penuh lokasi yang terlibat dengan gangguan di kawasan Tiram, Skudai, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Kota Tinggi dan Pontian itu, boleh disemak menerusi laman Facebook rasmi Ranhill SAJ - Setitis Yang Bermakna.
Pengguna juga disaran mendapatkan maklumat berkaitan gangguan bekalan air menerusi saluran rasmi aduan Ranhill SAJ menerusi talian 1800887474, atau e-mel [email protected] atau SMS : ATRanhillSAJ Aduan ke nombor 63001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ranhill SAJ
#gangguan bekalan air
#Johor
#Loji Rawatan Air Sungai Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan