awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ laksana pengambilan 120 anggota baharu

Bernama
Bernama
12/06/2022
07:28 MYT
JPJ laksana pengambilan 120 anggota baharu
Muhammad Kifli (tengah) beramah mesra bersama sebahagian pengawas Sekolah Kebangsaan (SK) Kedondong selepas merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik bagi tahun 2022/2023 di sekolah berkenaan hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan pengambilan 120 anggota baharu tahun ini bagi memperkemas pasukan penguat kuasa jabatan tersebut, kata Pengarah Akademi JPJ Mohamad Kifli Ma Hasan.
Beliau berkata ketika ini proses ujian fizikal dan temu duga sedang dilakukan bagi pengambilan berkenaan.
"Insya-Allah sebelum akhir tahun ini, mereka yang terpilih akan menjalani kursus tiga bulan di Akademi JPJ Melaka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan Kedondong di sini hari ini.
Mohamad Kifli berkata JPJ juga sedang berusaha menubuhkan pasukan pancaragam sendiri selain sudah memiliki pasukan pancaragam yang dianggotai 45 pegawai yang memiliki kemahiran bermain alat muzik bagpipe.
"Pasukan pancaragam itu dianggotai pegawai dari seluruh negara, mereka yang dipilih mempunyai minat yang tinggi serta berkebolehan memainkan peralatan muzik.
"Walaupun menganggotai pasukan pancaragam, mereka ini turut berkhidmat dalam pasukan seperti Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ... mereka tetap tertakluk kepada penugasan yang menuntut disiplin tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#pengambilan baru
#Pasir Mas
#Mohamad Kifli Ma Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan