awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tumpu bas ekspress, persiaran dalam Ops Bersepadu Hari Raya

Bernama
Bernama
23/07/2014
23:43 MYT
JPJ tumpu bas ekspress, persiaran dalam Ops Bersepadu Hari Raya
ISMAIL: JPJ juga telah membuat pemeriksaan teknikal di 63 buah depoh bas ekspres.
Operasi Bersepadu di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri sejak Isnin memberi tumpuan terhadap bas ekspres dan bas persiaran bagi memastikan pemandu kenderaan itu tidak merisiko keselamatan penumpang.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata, dalam operasi itu, kaedah penyamaran turut dilaksanakan dengan meletakkan pegawai di dalam sesebuah bas bagi mengenalpasti sebarang kesalahan sepanjang perjalanan.
Daripada 78 buah bas yang dinaiki pegawai, sebanyak 13 bas diambil tindakan membabitkan 17 saman antaranya memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memandu sambil menghisap rokok, katanya dalam sidang media selepas operasi di Plaza Tol Sungai Besi pada Rabu.
Operasi itu disertai oleh 65 orang pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ, Puspakom, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Alam Sekitar.
Ismail berkata pihaknya juga telah membuat pemeriksaan teknikal di 63 buah depoh bas ekspres. Pemeriksaan teknikal kemudiannya sekali lagi dijalankan di 31 buah terminal dan turut membabitkan ujian air kencing oleh anggota Agensi Dadah Kebangsaan untuk memastikan pemandu tidak berada di bawah pengaruh dadah.
"Bagi bas persiaran, pemeriksaan dilakukan di 28 buah Hentian Rehat dan Rawat (R&R) yang telah kita tempatkan anggota JPJ, polis, SPAD dan Skuad Muda JPJ.
Katanya, pada hari pertama operasi di terminal-terminal bas pada Isnin itu tiga pemandu bas ditahan masing-masing di Negeri Sembilan, Kedah dan Wilayah Persekutuan atas kesalahan penggunaan dadah.
Berdasarkan statistik operasi selama dua hari itu, sebanyak 15,341 buah kenderaan diperiksa dan sebanyak 2,380 saman dikeluarkan kepada pelbagai kenderaan membabitkan pelbagai kesalahan.
Beliau berkata operasi turut dijalankan ke atas penunggang motosikal dan kenderaan lain.
Setiap 30km membabitkan 119 point di jalan persekutuan, kita akan tempatkan sekurang-kurangnnya tiga pegawai dan anggota, katanya.
Ismail berkata pihaknya menyasarkan penurunan kadar kemalangan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lepas melalui operasi bersepadu yang akan berakhir 5 Ogos hadapan.
Topic Berkaitan
#bas ekspress
#bas persiaran
#hari raya
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan