awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal

Bernama
Bernama
19/05/2024
14:02 MYT
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Ramli berkata orang ramai boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan membeli produk kesihatan daripada internet atau media sosial. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi Internet, susulan terdapat trend pengiklanan produk kesihatan palsu dengan menggunakan imej individu terkenal dalam media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata trend pengiklanan menggunakan kaedah itu bertujuan mengelirukan pembeli dan memberi gambaran seolah-olah produk berkenaan dihasilkan oleh individu terbabit.
Beliau berkata pihaknya ada menerima laporan daripada seorang pakar kesihatan yang juga selebriti media sosial mendakwa gambar dan nama syarikatnya telah digunakan tanpa kebenaran untuk mempromosikan satu produk kesihatan yang dipercayai boleh memudaratkan pengguna.
"Paparan iklan produk kesihatan yang bertujuan mengelirukan dan memperdayakan pembeli ialah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ramli berkata orang ramai boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan membeli produk kesihatan daripada internet atau media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#produk kesihatan palsu
#memperdayakan pembeli
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan