awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba

Bernama
Bernama
12/11/2023
13:57 MYT
Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba
Difahamkan mangsa, yang beralamat di Bandar Permaisuri, Terengganu, mengiringi latihan pelumba dari Kuantan ke Temerloh semasa kemalangan itu berlaku. - Gambar FB Polis Trafik Kuantan
KUANTAN: Jurulatih skuad berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Muhammad Muslim Marzuki maut akibat kemalangan ketika mengiringi latihan pelumba di Kilometer 52 Jalan Kuantan-Maran di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata insiden dipercayai berlaku pada 10 pagi dan Muhammad Muslim, 22, yang menunggang motosikal, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan menyebabkan ia terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori," katanya ketika dihubungi di sini.
Difahamkan mangsa, yang beralamat di Bandar Permaisuri, Terengganu, mengiringi latihan pelumba dari Kuantan ke Temerloh semasa kemalangan itu berlaku.
Wan Mohd Zahari berkata kemalangan itu, yang berlaku berhampiran pondok polis Paya Bungor, menyebabkan motosikal dinaiki mangsa rosak teruk manakala lori terbabit, yang dipandu lelaki berusia 43 tahun, mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan.
Beliau berkata mayat Muhammad Muslim dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hilang kawalan
#meninggal dunia
#pondok polis
#siasatan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan