awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik didakwa rogol gadis 13 tahun

Bernama
Bernama
23/06/2016
08:04 MYT
Juruteknik didakwa rogol gadis 13 tahun
Lelaki itu didakwa merogol pelajar sekolah agama itu di dalam bilik di sebuah rumah di Jalan 9/56, Ulu Klang di sini pada 12.30 malam, 15 Mei lepas.
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan merogol gadis berusia 13 tahun yang juga adik teman wanitanya pada Mei lepas.
Muhammad Syahir Naim Ramli, 20, didakwa merogol pelajar sekolah agama itu di dalam bilik di sebuah rumah di Jalan 9/56, Ulu Klang di sini pada 12.30 malam, 15 Mei lepas.
Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Hakim Datin M. Kunasundary menetapkan 25 Julai untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#gadis 13 tahun
#juruteknik
#Mahkamah Sesyen
#Muhammad Syahir Naim Ramli
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan