awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JWP diarahkan fokus isu kampung tradisi dan pembangunan tanah

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
06/11/2025
15:10 MYT
JWP diarahkan fokus isu kampung tradisi dan pembangunan tanah
Dr Zaliha berkata, JWP perlu memberi perhatian khusus kepada pelbagai isu yang menjejaskan kelangsungan kampung-kampung tradisi di ibu kota. - Facebook Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) diarahkan supaya memberi tumpuan segera terhadap isu yang menjejaskan kampung tradisi di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau menegaskan bahawa antara masalah utama yang perlu diberi perhatian termasuk kehadiran warga asing yang tidak terkawal, penyelenggaraan infrastruktur yang tidak sempurna, serta status guna tanah yang belum jelas.
Selain itu, beliau turut menekankan tentang isu status tanah pertanian yang terdapat binaan struktur kediaman tanpa kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa.
“JWP perlu memberi perhatian khusus kepada pelbagai isu yang menjejaskan kelangsungan kampung-kampung tradisi di ibu kota,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau pada Khamis.
Arahan itu dibuat ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi JWP di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, bertujuan menyelaraskan usaha pengurusan tanah dan pembangunan.
Dr Zaliha berkata, langkah itu selaras dengan usaha memperkukuh tadbir urus tanah di Wilayah Persekutuan, bagi memastikan pembangunan dijalankan secara teratur, berdasarkan data yang tepat dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Beliau menambah, JWP kini sedang menyiapkan aplikasi Mobil e-Tanah, yang dijadualkan beroperasi secara rasmi pada 11 November. Aplikasi ini membolehkan rakyat mengakses maklumat dan perkhidmatan tanah dengan lebih mudah dan telus.
Tambah beliau, inisiatif digital itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan tanah serta memudahkan urusan rakyat di Wilayah Persekutuan.
Dalam mesyuarat sama, agensi-agensi JWP membentangkan perkembangan program menggunakan teknologi tenaga baharu bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan pengurusan aset kerajaan.
Program berkenaan juga bertujuan menyokong pensijilan bangunan hijau, sekali gus mengurangkan penggunaan elektrik dan kos operasi kerajaan.
Langkah ini dilihat selaras dengan agenda Bandar CHASE, yang menekankan pembangunan bandar mampan dan cekap tenaga, selain menjaga kualiti hidup komuniti bandar.
Dr Zaliha berkata, kerajaan komited memastikan pembangunan fizikal dan digital di Wilayah Persekutuan dijalankan secara teratur dan menyeluruh, mengimbangi pembangunan moden dengan pemeliharaan warisan kampung tradisi.
Beliau menegaskan, keberkesanan semua inisiatif itu bergantung kepada kerjasama semua agensi di bawah JWP, termasuk pemantauan berterusan, penguatkuasaan peraturan dan pematuhan garis panduan pembangunan.
Topic Berkaitan
#kampung tradisi
#Tanah perhatian
#Menyiapkan aplikasi Mobile e-Tanah
#Pembangunan terancang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan