awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin

Bernama
Bernama
21/05/2015
00:00 MYT
Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu akan dibincangkan para pemimpin tertinggi DAP, PAS dan PKR.
"Perkara ini akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (pakatan pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Agenda Makmur Selangor dan Darul Ehsan Investment Group di sini, hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang menolak cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan cabinet bayangan pembangkang.
Lim dilapor sebagai berkata kabinet bayangan pembangkang adalah tidak praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.
Pada Isnin, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengumumkan cadangan mewujudkan semula kabinet bayangan pembangkang bertujuan memperkukuh system 'check and balance' (periksa dan imbang) dalam pentadbiran negara.
Topic Berkaitan
#Azmin
#pakatan
#pembangkang
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan