awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan

Zikry Halim
Zikry Halim
21/12/2023
04:48 MYT
Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Sistem pengangkutan awam negara menjadi mod pilihan wanita dan usaha pemerkasaan wanita perlu diteruskan. - Astro AWANI/Shahir Omar
KAJANG: Kadar kes ganguan seksual wanita di fasiliti pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT) berjaya dikurangkan kepada tiga kes sahaja pada suku keempat 2024.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.
“Meskipun jumlah penumpang meningkat, tetapi trend penurunan ketara berbanding 8 kes pada suku ketiga dan 11 kes pada suku kedua.
“Justeru ia satu isyarat jelas bahawa para prnumpang terutamanya golongan wanita dapat menggunakan khidmat perkhidmatan awam dengan lebih selamat,” tambahnya lagi.
Pihaknya turut mengambil maklum mengenai kebimbangan dibangkitkan penumpang wanita dengan risiko gangguan seksual setiap kali berada dalam koc yang penuh sesak.
Kementeriannya dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad dan Polis Diraja malaysia akan memastikan dikuatkuaskan lebih tegas akan dikenakan kepada penumpang lelaki yang gagal mematuhi arahan berkenaan.
Mesikpun pengenalan ini mendapat tentangan beberapa pihak, pihaknya yakin dengan usaha perintis ini demi memartabatkan keselamatan wanita.
Ia susulan statistik penggunaan pengangkutan awam di malaysia berdasarkan data penggunaan MY50, 62 peratus merupakan pengguna wanita.
Jelasnya ia menjadi bukti sistem pengangkutan awam negara menjadi mod pilihan wanita dan usaha pemerkasaan wanita perlu diteruskan.
Beliau berkata demikian semasa pelancaran Projek Perintis Koc Wanita MRT Laluan Kajang di Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#koc wanita
#gangguan seksual
#MRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan