awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar sewa tiga PPR di Sandakan diturunkan - Musa Aman

Bernama
Bernama
19/03/2018
08:30 MYT
Kadar sewa tiga PPR di Sandakan diturunkan - Musa Aman
Beliau meminta penghuni di PPR tersebut dan PPR yang ada di negeri ini supaya menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kediaman mereka dengan baik. - Foto Bernama
Sewa bulanan bagi tiga Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini iaitu Muhibbah, Harmoni dan Batu Sapi diturunkan dari RM220 hingga RM245 kepada RM170.
Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata ia bertujuan meringankan beban rakyat yang tinggal di PPR berkenaan dan selepas mendengar rintihan mereka yang meminta kerajaan menurunkan kadar sewa bulanan itu.
Beliau berkata keputusan itu juga dibuat atas persetujuan bersama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berdasarkan faktor kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan Persekutuan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa peka dan mendengar rintihan rakyat selain sedar akan tanggungjawab membantu dan meringankan beban rakyat," katanya ketika mengumumkan penurunan kadar sewa bulanan itu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Muhibbah di Batu 12 dekat sini, hari ini.
Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah antara tiga PPR yang diturunkan harga sewa dan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan PPR Muhibbah hari ini. - Foto Bernama
Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah antara tiga PPR yang diturunkan harga sewa dan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan PPR Muhibbah hari ini. - Foto Bernama
Justeru, beliau meminta penghuni di PPR tersebut dan PPR yang ada di negeri ini supaya menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kediaman mereka dengan baik.
Seramai 500 keluarga menghuni PPR Muhibbah manakala PPR Harmoni di Batu 2 (1,000 keluarga) dan PPR Batu Sapi (180 keluarga).
Dalam pada itu, seorang penghuni PPR Muhibbah, Idris Abdullah, 56, menyifatkan penurunan kadar sewa bulanan itu membuktikan kerajaan mendengar rintihan rakyat yang tinggal di PPR yang menghadapi beban membayar sewa itu.
"Setelah dapat tinggal di rumah dan kawasan perumahan yang selesa, kini beban kami diringankan lagi untuk membayar sewa bulanan," katanya
Seorang lagi penghuni PPR yang sama, Damsah Salim, 54, berkata sebagai wakil rakyat di kawasan itu, Musa banyak melaksanakan pembangunan di kawasan Muhibbah yang berubah dengan ketara berbanding dahulu.
Katanya selain wujudnya PPR Muhibbah dengan jalan raya yang baik, kawasan itu turut dilengkapi dengan kemudahan masjid, bangunan kedai, balai polis dan Kompleks Cahaya untuk orang buta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Sapi
#harmoni
#kesejahteraan rakyat
#Ketua Menteri Sabah
#Muhibah
#PPR
#rumah
#Sabah
#Sandakan
#Tan Sri Musa Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan