awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian pelupusan kereta terbiar, usang akan dilaksana - KPKT

Bernama
Bernama
05/02/2021
21:03 MYT
Kajian pelupusan kereta terbiar, usang akan dilaksana - KPKT
Isu pelupusan kereta usang itu telah dibangkitkan Zuraida ketika melawat MPKj yang merupakan sebahagian siri lawatannya ke PBT. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kajian akan dilaksanakan bagi memantapkan sistem pengurusan pelupusan kereta terbiar dan mencari kaedah pelaksanaan terbaik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melupuskan kereta usang.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya berkata, kajian itu akan melibatkan lima PBT terpilih termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
"Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin turut meminta PBT mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan cepat terhadap pelupusan kereta usang," menurut kenyataan itu.
Isu pelupusan kereta usang itu telah dibangkitkan Zuraida ketika melawat MPKj yang merupakan sebahagian siri lawatannya ke PBT.
Selain itu Zuraida turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta bagi inisiatif pembinaan dan menaik taraf kawasan komuniti, ruang perniagaan dan tarikan pelancongan setempat di kawasan MPKj.
Antara projek yang terlibat adalah menaik taraf kemudahan rekreasi di Bukit Broga, Hulu Langat; membaik pulih bumbung di Dewan Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan meroboh serta membina gerai perniagaan yang rosak akibat kebakaran di Taman Perkasa, Hulu Langat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zuraida Kamaruddin
#kereta
#lupus kereta
#kereta terbiar
#KPKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan