awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami bukan bantah sepenuhnya kawasan khas merokok tetapi... - NGO

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
13/01/2020
04:23 MYT
Kami bukan bantah sepenuhnya kawasan khas merokok tetapi... - NGO
Kata Dr Zainal, peruntukan RM1 juta untuk 155 PBT di seluruh negara adalah satu belanja yang besar memandangkan banyak lagi kemudahan lain yang boleh disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Kami bukan membantah sepenuhnya kawasan khas merokok tetapi ia perlu didirikan dengan tidak menelan belanja yang banyak."
Itu reaksi Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang mengambil contoh bahawa negara luar hanya menggunakan satu papan tanda dan tong sampah khas sebagai kawasan khas perokok.
Kata Dr Zainal, peruntukan RM1 juta untuk 155 PBT di seluruh negara adalah satu belanja yang besar memandangkan banyak lagi kemudahan lain yang boleh disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Tambah beliau, matlamat utama dalam kempen bantahan yang dilakukan badan profesional dan NGO adalah bagi mewujudkan negara yang sihat dan mengurangkan amalan merokok dalam kalangan rakyat terutama golongan remaja.
Dr Zainal yang dijemput AWANI Pagi hari ini juga berharap agar satu perbincangan dilakukan dengan NGO agar satu solusi yang baik dapat dilakukan dan memuaskan hati semua pihak.
Jumaat lalu, lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa KPKT menarik balik langkah melaksanakan ruang khas merokok di tempat awam.
Kata mereka, tindakan KPKT itu, tegas beliau, memberi mesej yang bertentangan dengan budaya hidup sihat dan fatwa pihak berkuasa agama Islam serta memberi sokongan kepada amalan tidak sihat tersebut.
Bagaimanapun, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin menjelaskan, sebagai sebuah kerajaan, kepentingan semua pihak perlu diambil kira termasuklah dalam aspek kebersihan persekitaran.
Katanya, Kerajaan perlu melihat kepentingan semua pihak dan menyantuni sekelompok mereka yang merokok dengan menyediakan kemudahan seumpamanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
#kawasan khas merokok
#KPKT
#rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan