awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2023
23:45 MYT
'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyampaikan ucaptama di Majlis Makan Malam Apresiasi Media yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri (KLN) perlu berhati-hati terhadap sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan pihaknya kepada media mengenai isu semasa sama ada di dalam atau luar negara.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan itu akan menjadi rujukan kepada hubungan negara di peringkat antarabangsa.
"Beberapa isu semasa seperti peperangan di Gaza, Palestin dan Rusia-Ukraine, kami perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.
"Walaupun ada halangan tertentu, bukan bermakna kita (media) tidak boleh berinteraksi langsung kerana KLN bukan berada di singgahsana yang tidak boleh ditemui atau diwawancara.
"Saya cuba mewujudkan suasana baharu untuk merakyatkan Wisma Putra," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Majlis Makan Malam Apresiasi Media yang diadakan di Hotel Royal Chulan di sini pada Khamis.
Hadir sama, Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia, Datuk Ahiruddin Attan dan Presiden Kelab Koresponden Antarabangsa, Norman Goh.
Zambry turut berharap supaya pihak media dapat terus bekerjasama dengan KLN agar berita yang disalurkan kepada masyarakat sahih dari kementerian tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar Negeri
#Zambry Abdul Kadir
#Kenyataan Media
#KLN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan