awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 11 tahun koma jatuh dari balkoni pangsapuri

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2019
08:43 MYT
Kanak-kanak 11 tahun koma jatuh dari balkoni pangsapuri
Mangsa yang cedera parah di kepala dan dada awalnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya sebelum di pindahkan ke Hospital Pulau Pinang. - Astro AWANI
Tindakan seorang kanak-kanak lelaki memanjat balkoni kerana mahu memasuki rumahnya di tingkat dua Kuarters Bomba Pangsapuri Setia Wira, Taman Perai Utama membawa padah apabila dia tergelincir dan jatuh.
Ekoran kejadian itu, mangsa berusia 11 tahun koma selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian 12 tengah hari Rabu, mangsa dikatakan memanjat balkoni kerana mahu masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur sebelum tergelincir dan terjatuh dalam keadaan muka tersembam di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.
"Semasa kejadian mangsa tinggal seorang diri dan kanak-kanak itu di percayai keluar rumah tanpa membawa kunci sebelum memanjat balkoni di tingkat dua kerana mahu masuk melalui pintu dapur," katanya ketika di hubungi hari ini.
Nik Ros Azhan berkata ketika kejadian ibu kanak-kanak itu yang berusia 33 tahun telah keluar bekerja sebagai juruwang manakala manakala bapa tirinya yang berumur 46 tahun berada di surau berhampiran kerana menghadiri program ceramah.
Menurutnya, mangsa yang cedera parah di kepala dan dada awalnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya sebelum di pindahkan ke Hospital Pulau Pinang. Sehingga kini, mangsa masih belum sedarkan diri.
“Polis telah mengambil keterangan ibu kandung dan bapa tirinya serta jiran mereka untuk siasatan lanjut.
"Setakat ini kejadian itu tidak mempunyai unsur jenayah," katanya.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#jatuh balkoni
#kanak-kanak koma
#kemalangan
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan