awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters kediaman di Sungai Buloh

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/03/2024
14:43 MYT
Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters kediaman di Sungai Buloh
Polis memberitahu, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika ibu bapa kanak-kanak itu sedang tidur.- X @jllmisai
KUALA LUMPUR : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika ibu bapa kanak-kanak itu sedang tidur.
"Hasil siasatan awal ke atas saksi yang merupakan bapa dan ibu mangsa mengatakan ketika kejadian berlaku seisi keluarga sedang tidur.
Jelasnya, siasatan awal ke atas ibu bapa mangsa mendapati ketika kejadian mereka sedang tidur dan apabila ibunya terbangun, dia mendapati mangsa sudah berada di bahagian belebas jendela yang telah terbuka di ruang tamu.
"(Ibunya) bagaimanapun tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah," katanya lagi.
Mangsa kanak-kanak lelaki telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang sampai di lokasi.
Kes disiasat sebagai kejadian mati mengejut dan punca kematian masih dalam siasatan.
Dalam pada itu Mohd Hafiz berkata, mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#kanak-kanak jatuh
#Hospital Sungai Buloh
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan