awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak, guru tadika terperangkap akibat banjir

Azee Shafy
Azee Shafy
01/11/2022
12:37 MYT
Kanak-kanak, guru tadika terperangkap akibat banjir
Kawasan terbabit dinaiki air berikutan hujan lebat menyebabkan semua mangsa terkandas di tadika itu. - Gambar/ JBPM
KUANTAN: Seramai lapan kanak-kanak dan dua guru dari sebuah tadika Gambang di sini, yang terperangkap akibat banjir berjaya dikeluarkan anggota bomba dari kawasan berkenaan, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.30 petang.
Menurutnya, kawasan terbabit dinaiki air berikutan hujan lebat menyebabkan semua mangsa terkandas di tadika itu.
"Semua mangsa telah dipindahkan ke kawasan Perumahan Gambang Damai sebagai langkah keselamatan," katanya.
Beberapa kawasan di Gambang dilanda banjir kilat hari ini selepas hujan lebat berterusan selama lebih dua jam.
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#gambang banjir
#kanak-kanak tadika
#terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan