awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun maut dalam kemalangan babit dua kenderaan di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
13/03/2026
10:43 MYT
Kanak-kanak lima tahun maut dalam kemalangan babit dua kenderaan di Kota Tinggi
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 8.4 Jalan Kota Tinggi–Kluang, tengah hari tadi. - Gambar fail
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 8.4 Jalan Kota Tinggi–Kluang di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Alza itu kira-kira pukul 1.45 tengah hari.
Beliau berkata mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza dipandu neneknya berusia 61 tahun, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Kota Tinggi.
Kemalangan, katanya, dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza.
"Mayat dirujuk ke unit forensik bagi tujuan prosedur siasatan, manakala kesemua mangsa terlibat turut mendapat rawatan di hospital sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kemalanga
#Kota Tinggi
#dua kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan