awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan sembilan tahun maut digilis kereta

Bernama
Bernama
24/04/2022
09:00 MYT
Kanak-kanak perempuan sembilan tahun maut digilis kereta
Menurut saksi, kanak-kanak yang dilihat bermain di tempat duduk pemandu itu dipercayai telah menurunkan brek tangan sehingga menyebabkan kereta itu bergerak mengundur ke belakang. - Gambar/ PDRM
BALING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis kereta apabila dia dikatakan cuba menahan kereta itu yang sedang mengundur, di Kampung Keledang Luar, Tawar dekat sini, semalam.
Aisyah Amani Amirrudin, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tawar yang mengalami pendarahan di kepala akibat kejadian, meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.15 petang semasa kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain di luar rumah bersama adik lelakinya berusia tujuh tahun, apabila dia masuk ke dalam kereta itu yang diletakkan di hadapan rumah.
Beliau berkata menurut saksi, kanak-kanak yang dilihat bermain di tempat duduk pemandu itu dipercayai telah menurunkan brek tangan sehingga menyebabkan kereta itu bergerak mengundur ke belakang.
"Kanak-kanak itu yang panik, kemudiannya berlari ke arah belakang kereta untuk cuba menahan kereta daripada bergerak, namun terus digilis kereta terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya kejadian malang itu disedari bapa saudaranya berusia 29 tahun yang sedang bersiap untuk keluar bekerja sebagai pemandu van ambulans sebuah syarikat swasta.
"Bapa saudara kanak-kanak itu terdengar jeritan ke kereta berkenaan dan mendapati anak saudaranya itu berada di bawah kereta," katanya.
Shamsudin berkata lelaki itu kemudian menghantar kanak-kanak berkenaan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, namun dia dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Katanya mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#digilis kereta
#Kampung Keledang Luar
#Baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan