awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karpal kecewa kenyataan Hadi berhubung isu kalimah Allah

Bernama
Bernama
02/02/2013
08:51 MYT
Karpal kecewa kenyataan Hadi berhubung isu kalimah Allah
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadi sebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin lepas.
Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi itu.
Katanya Majlis Syura Ulama PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Karpal Singh berkata DAP tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman PAS sebaliknya berpegang kepada pendirian yang diambil pakatan pembangkang selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang, Abdul Hadi dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
Topic Berkaitan
#Datuk Nik Abdul Aziz
#Datuk Seri Abdul Hadi Awang
#Kalimah Allah
#Karpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan