awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
Ops Bersepadu JPJ-JSPT di LTSIP kesan 132 kesalahan jalan raya
Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam gagalkan cubaan seludup 3.3kg heroin di KLIA Terminal 2

Bernama
Bernama
03/04/2026
01:39 MYT
Kastam gagalkan cubaan seludup 3.3kg heroin di KLIA Terminal 2
JKDM KLIA telah menemukan bungkusan hitam yang dilekatkan di dalam gegelung hos itu disyaki mengandungi dadah jenis heroin.
Cubaan menyeludup dadah jenis heroin seberat 3.3 kilogram bernilai hampir RM266,000 berjaya digagalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada Februari lepas.
Rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan pasukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) terhadap seorang lelaki warga Switzerland di balai ketibaan pada 24 Feb.
Pengarah JKDM KLIA Zulkifli Muhammad berkata suspek yang cuba memasuki Malaysia dari sebuah negara di Asia Tenggara telah disekat selepas imbasan ke atas sebuah kotak gegelung hos air yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan.
"Pemeriksaan rapi oleh pasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA telah menemukan bungkusan hitam yang dilekatkan di dalam gegelung hos itu disyaki mengandungi dadah jenis heroin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Orang Yang Disyaki (OYDS) dan barang kes seterusnya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA untuk siasatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#Dadah
#heroin
#JKDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan