awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS kekal penganjur LTDL untuk tempoh tiga tahun

Bernama
Bernama
09/04/2026
06:37 MYT
KBS kekal penganjur LTDL untuk tempoh tiga tahun
KBS telah memperoleh kelulusan Jemaah Menteri untuk menjadi penganjur bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kekal sebagai penganjur perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 yang dijadual berlangsung dari 27 Sept hingga 4 Okt depan.
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata KBS telah memperoleh kelulusan Jemaah Menteri untuk menjadi penganjur bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini.
"Saya telah mengangkat kertas Jemaah Menteri pada 8 April supaya LTdL ini diletakkan di bawah KBS sebagai peneraju program dan kita juga telahpun mendapat pengiktirafan secara global antara penganjur terbaik dunia oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)," katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA 2026 di Menara KBS di sini hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijangka mengambil alih penganjuran perlumbaan berprestij LTdL 2026, menggantikan Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengendalikannya sejak tiga tahun lepas.
Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq berkata KBS bersama MSN optimis dengan kepakaran dalam bidang penganjuran, laluan dan pengalaman yang dimiliki dalam penganjuran sebelum ini.
Beliau berkata penganjuran tahun ini juga akan melibatkan kerjasama rentas kementerian khususnya MOTAC.
Menurut beliau, LTdL 2026 akan melibatkan kos RM12 juta yang dimohon menerusi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) tidak termasuk penaja.
"Untuk tahun ini kos sebanyak RM12 juta digunakan daripada dana KWASN dan usaha kita untuk mendapatkan lebih banyak lagi tajaan bagi menjayakan penganjuran LTDL 2026,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#LTdL
#perlumbaan
#MSN
#penganjur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan