awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
Pengeluaran dron Iran meningkat 10 kali ganda sejak perang - Pegawai tentera
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN arah permudah dokumen perjalanan 34 pelajar lintas sempadan Malaysia-Thailand

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/04/2026
11:21 MYT
 KDN arah permudah dokumen perjalanan 34 pelajar lintas sempadan Malaysia-Thailand
Saifuddin Nasution Ismail, berkata, pendekatan itu diambil dengan mengambil kira faktor kemanusiaan selain realiti kehidupan masyarakat di kawasan sempadan yang mempunyai hubungan kekeluargaan merentasi dua negara. - Gambar Bernama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Jabatan Imigresen dan Polis Kelantan supaya mempermudah perolehan dokumen perjalanan bagi 34 pelajar yang ditahan kerana merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah di Rantau Panjang, Ahad lalu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, pendekatan itu diambil dengan mengambil kira faktor kemanusiaan selain realiti kehidupan masyarakat di kawasan sempadan yang mempunyai hubungan kekeluargaan merentasi dua negara.

Menurutnya, meskipun undang-undang menetapkan setiap pergerakan melintasi sempadan perlu disertakan dokumen perjalanan sah seperti pasport atau pas sempadan, kerajaan memahami terdapat pelajar yang berdepan kekangan mendapatkan dokumen berkenaan.

"Kita ada undang-undang dan setiap pergerakan melintasi sempadan mesti ada dokumen sah.

"Ini penting kerana kawasan sempadan terdedah kepada jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, senjata api, pemerdagangan manusia dan dadah.

"Namun dalam kes ini, kita tidak mengambil pendekatan tangkapan dan pendakwaan, sebaliknya membantu mereka dari segi dokumentasi supaya boleh bergerak secara sah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Dokumentasi Inisiatif Mekar Didik dan Program Kaunter Lorong di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, kawasan sempadan dari Rantau Panjang hingga Jeli yang melebihi 100 kilometer mempunyai pelbagai cabaran keselamatan, termasuk kewujudan banyak jeti haram di Sungai Golok yang menjadi laluan tidak sah.

Katanya, pihak berkuasa juga mengesan pelbagai taktik penyeludupan termasuk menggunakan pelajar sebagai perantara, selain kaedah menyembunyikan dadah dalam haiwan ternakan.

"Ancaman jenayah rentas sempadan ini tidak boleh dipandang ringan. Tugas utama pasukan keselamatan adalah memastikan kawalan sempadan sentiasa terpelihara," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan sebelum ini turut mengambil langkah proaktif termasuk membuka pintu sempadan lebih awal bagi memudahkan pergerakan pelajar.

“Dalam kes 34 pelajar ini, kita akan bantu mereka mendapatkan dokumen perjalanan sah. Kosnya juga rendah, border pass hanya RM10 dan gambar RM10, jadi tiada alasan untuk tidak mematuhinya,” katanya.

Beliau menegaskan, pendekatan berhemah akan terus diambil dalam kes membabitkan pelajar, namun pematuhan terhadap undang-undang tetap menjadi keutamaan.

Ahad lalu, media melaporkan, seramai 34 murid dari Thailand ditahan ketika melakukan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram Jambu untuk ke sekolah di Rantau Panjang.

Bagaimanapun, semua murid berusia antara tujuh hingga 16 tahun itu dibebaskan pada lewat malam hari yang sama selepas pihak polis selesai mengambil keterangan.

Topic Berkaitan
#rentas sempadan
#faktor kemanusiaan
#Realiti kehidupan
#jeti haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan