awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Iran permudah pergerakan kapal negara bukan musuh melalui Selat Hormuz - Kementerian Luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/03/2026
05:33 MYT
Kebahagiaan perlukan ketabahan dan belas kasihan dalam menghadapi cabaran global
Lee menyeru agar perpaduan sosial diperkukuh melalui amalan kebaikan, kesukarelawanan dan penglibatan komuniti bagi mengembalikan harapan serta hubungan sesama masyarakat. - Gambar fail/Bernama
Konsep kebahagiaan perlu ditafsirkan semula sebagai satu tanggungjawab bersama yang berteraskan ketabahan, belas kasihan dan kesejahteraan secara menyeluruh, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kebahagiaan bukan sekadar usaha individu tetapi satu aspirasi bersama yang boleh dipupuk melalui empati, keadilan dan semangat komuniti yang kukuh.

Dalam satu kenyataan sempena Hari Kebahagiaan Sedunia 2026, beliau berkata sambutan tahun ini hadir pada waktu cabaran global semakin memuncak, termasuk konflik, ketidaktentuan ekonomi, peningkatan kos sara hidup, perubahan iklim serta kebimbangan terhadap kesihatan mental.

“Realiti ini memberi tekanan besar kepada individu, keluarga dan komuniti, bukan sahaja menjejaskan mata pencarian tetapi juga kesejahteraan emosi dan psikologi.

“Kebahagiaan sebenar terletak pada kesedaran bahawa kita tidak bersendirian, bahawa kita saling mengambil berat, menyokong golongan yang memerlukan, dan membina komuniti yang berasaskan empati serta kepercayaan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keutamaan terhadap kesihatan mental mesti menjadi fokus utama, sambil menambah bahawa mendapatkan bantuan tidak seharusnya dilihat sebagai satu kelemahan, dan stigma berkaitan isu kesihatan mental perlu ditangani.

Beliau juga menyeru agar perpaduan sosial diperkukuh melalui amalan kebaikan, kesukarelawanan dan penglibatan komuniti bagi mengembalikan harapan serta hubungan sesama masyarakat.

Lee berkata usaha menggalakkan keadilan dan keterangkuman kekal penting, sambil menyatakan bahawa ketidaksamaan dan ketidakadilan merupakan halangan utama dalam mencapai masyarakat yang harmoni.

Beliau berkata amalan gaya hidup lestari perlu jadi keutamaan kerana melindungi alam sekitar adalah penting untuk menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

“Akhir sekali, kita perlu memupuk rasa syukur dan kesedaran dalam kehidupan seharian. Walaupun dalam masa sukar, mencari makna dalam setiap perbuatan kecil dan detik sederhana boleh membantu kita kekal berpijak di bumi nyata serta penuh harapan,” katanya.

-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebahagian Antarabangsa
#Ikatan Komuniti Selamat
#perbuatan kecil
#gaya hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan