awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di Gunung Baling marak kembali

Bernama
Bernama
12/02/2019
03:24 MYT
Kebakaran di Gunung Baling marak kembali
Kebakaran berlaku di kawasan yang telah berjaya dipadamkan sebelum ini dan ia berkemungkinan akan merebak ke kawasan baharu. - Foto fail
Kebakaran di Gunung Baling yang hampir dipadamkan sepenuhnya kembali marak pada pukul 1 pagi tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud.
Beliau berkata kebakaran berlaku di kawasan yang telah berjaya dipadamkan sebelum ini dan ia berkemungkinan akan merebak ke kawasan baharu.
"Kita mengesan api hidup semula sekitar pukul 1 pagi tadi. Operasi pagi ini bermula pukul 8 pagi di mana kita telah menghantar dua pasukan pemadam yang terdiri daripada 15 anggota bomba ke kawasan kebakaran.
"Cuma keadaan muka bumi di kawasan yang terbakar bercerun dan mengambil masa satu jam setengah untuk mendaki kawasan tersebut dan itu melambatkan tindakan untuk memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Punca kebakaran di Gunung Baling yang berlaku sejak 6 Feb lepas itu masih belum dikenal pasti, namun bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan aktiviti pendakian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#Gunung Baling
#kebakaran
#marak
#Mohd Jamil Mat Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan