awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Tiada fasiliti hospital terjejas - Dzulkefly

Bernama
Bernama
10/04/2025
08:50 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Tiada fasiliti hospital terjejas - Dzulkefly
Dr Dzulkefly bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Ramah Mesra YB Menteri Kesihatan bersama Warga Kerja Kesihatan Daerah Batang Padang di Hospital Tapah hari ini. - Foto Bernama
TAPAH: Tiada fasiliti hospital yang terjejas susulan tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly turut memaklumkan di sebalik insiden tragis itu, tiada kematian yang dilaporkan setakat ini.
"Walaupun ada yang dimasukan di ICU tetapi fasiliti kami (Kementerian Kesihatan) tidak ada yang terjejas," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Ramah Mesra YB Menteri Kesihatan bersama Warga Kerja Kesihatan Daerah Batang Padang di Hospital Tapah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya terdapat hospital berhampiran dengan kawasan tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya itu terjejas.
Ketika ditanya sekiranya peralatan berkaitan gas perubatan di hospital terjejas dengan insiden itu, beliau menjawab ringkas: "Tidak terkait, tidak ada kena mengena dengan gas perubatan."
Dzulkefly memaklumkan setakat 12 tengah hari semalam, 38 mangsa masih dirawat dalam wad hospital dan statistik terkini serta maklumat terperinci akan dikeluarkan Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) pada 3 petang.
Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April lepas, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#Dzulkefly Ahmad
#fasiliti Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan