awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran lima maut: Jenazah keluarga Mohd Alawi selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
26/02/2026
20:00 MYT
Kebakaran lima maut: Jenazah keluarga Mohd Alawi selamat dikebumikan
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor kira-kira 11.45 malam tadi. - Foto BERNAMA
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini awal pagi Khamis, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor pada 11.45 malam tadi.
Jenazah Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.
Lima van yang membawa semua jenazah tiba di tanah perkuburan pada 10.48 malam selepas selesai proses bedah siasat dan dimandikan di Unit Forensik Hospital Raub serta disolatkan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Pamah Kulat di sini.
Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung yang memberikan penghormatan terakhir.
Kebakaran sekitar 3 pagi Khamis telah mengorbankan lima sekeluarga, namun dua lagi anak pasangan itu selamat kerana tiada di rumah, iaitu Ruby Adalia Balqis, 19, yang juga pelajar matrikulasi di Gambang, Kuantan manakala Ahmad Balia Murqam, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah dan turut menyebabkan tiga kereta serta tiga motosikal terbakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Lima sekeluarga
#kebumi
#jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan