Kebebasan bersuara tidak boleh mengatasi perpaduan, kedaulatan undang-undang - PM

Anwar berkata, Malaysia adalah sebuah negara majmuk berpaksikan keharmonian, yang rakyatnya saling menghormati sensitiviti semua pihak dan mematuhi undang-undang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan perbezaan pandangan sentiasa dijamin di negara ini, namun tidak boleh disalah guna hingga menjejaskan perpaduan atau mencabar kedaulatan undang-undang.
Beliau berkata, ia penting kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk berpaksikan keharmonian, yang rakyatnya saling menghormati sensitiviti semua pihak dan mematuhi undang-undang.
“Malaysia hanya akan terus aman dan makmur apabila semua pihak berpegang kepada nilai saling menghormati, mematuhi peraturan, dan menolak sebarang tindakan yang menggugat keharmonian nasional,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2026 di sini, pada Rabu.
Menurut beliau, semangat Malaysia MADANI mesti diterjemahkan melalui nilai tata susila yang memastikan setiap warga menghormati batas undang-undang sambil memelihara sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama.
Kenyataan itu hadir ketika kerajaan terus menekankan kepentingan menjaga kestabilan sosial dan keharmonian nasional dalam suasana politik, ekonomi dan media sosial yang semakin kompleks.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
