awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA jangka pengeluaran minyak global 2026 merudum 1.54 juta tong sehari - Laporan
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
Had umur 16 tahun: Perlukah kawal akses media sosial?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebenaran bas Thailand masuk ke Malaysia rancakkan sektor pelancongan kedua-dua negara

Bernama
Bernama
14/06/2024
22:00 MYT
Kebenaran bas Thailand masuk ke Malaysia rancakkan sektor pelancongan kedua-dua negara
Anthony Loke mengumumkan bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon.
PATTANI (Thailand): Keputusan Kerajaan Malaysia membenarkan kemasukan bas dari Thailand ke Malaysia akan merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan di kedua-dua buah negara, kata Gabenor Wilayah Pattani Pateemoh Sadeeyamu.
Beliau berkata, dengan kebenaran itu ramai pelancong Thailand akan ke Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancongan menarik.
Menurutnya, perkara berkenaan secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan Thailand.
"Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana membenarkan kemasukan bas pelancong dari Thailand.
Selain itu, saya juga mengalu-alukan kedatangan pelancong dari Malaysia ke Thailand yang terkenal sebagai syurga makanan," katanya.
Pateemoh berkata demikian kepada pemberita pada program Lawatan Rasmi Duta Besar negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke selatan Thailand.
Pada Mei lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas Thailand
#Malaysia
#pelancongan
#Pateemoh Sadeeyamu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan